Rabu, 25 Disember 2013

Refleksi Diri

Assalamualaikum wth..

Alangkah lamanya tidak menulis. Terasa sayang minat yang dahulunya ingin menjadi penulis sudah pun terkubur lama. Setelah bergelar graduan universiti, banyak perkara yang kadang kita rancang tetapi tak menjadi. Antaranya pekerjaan. Saya akui sekarang ni ramai graduan yang menganggur dan kadang-kadang mendapat pekerjaan yang tidak sepadan dengan kelulusan. Selain itu, ada juga graduan yang melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya selepas ketiadaan peluang pekerjaan. 

Namun apa yang ingin disampaikan bukanlah untuk melahirkan kekecewaan semata-mata tetapi sebagai refleksi diri atas apa yang terjadi dalam kehidupan ini. Saya merupakan graduan yang memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Hal ini saya lakukan kerana hampir setahun saya mencari pekerjaan tetapi belum dapat tawaran. Saya tak tau apa silapnya, tapi mungkin ketiadaan internet membuatkan saya lambat mendapat maklumat tentang jawatan kosong yang ditawarkan. Oleh sebab itu saya mengambil keputusan untuk menyambung master.

Saya menyambung master di universiti yang sama. Pada permulaan pengajian, saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Memang agak tertekan kerana saya mengambil sesuatu kursus yang saya tidak mampu menyelesaikannya. Saya tidak mempunyai background pengajian Islam yang tinggi cuma asas sahaja. Oleh sebab itu, saya banyak ketinggalan dalam kelas kerana perasaan rendah diri terhadap rakan-rakan yang lain. Saya sedar saya tak sepatutnya bersikap demikian namun saya melakukan kesilapan kerana ego dan sikap negatif saya. 

Lantaran dari kepayahan saya dalam menimba ilmu, saya memilih untuk bekerja part time, kononnya nak membiayai yuran hostel. Namun begitu, ia tidak mencukupi dan saya menjadi tidak fokus dalam pelajaran kerana keletihan dan kesempitan duit. Di samping itu juga, saya banyak mensia-sia masa yang patut saya gunakan untuk belajar kepada hal-hal yang remeh temeh. Pada masa ini juga, hubungan saya dan tunang diuji sekali lagi. Hampir setahun tidak mendapat khabar berita daripada tunang dan hal ini membuatkan saya menjadi lebih tertekan dan hilang minat dalam meneruskan pengajian. Walau bagaimanapun dengan sokongan dan bantuan yang tidak putus-putus daripada rakan-rakan sepengajian, akhirnya saya berjaya juga menyiapkan tesis master. Namun begitu, saya memang tak berapa puas hati dengan tesis ini kerana hasil daripada kerja saya yang kurang memuaskan. 

Pada akhir bulan sebelum viva, saya telah putus tunang. Hal ini membuatkan saya hilang arah namun tidak terlalu lama penderitaan ini kerana tunang merujuk kembali untuk menyambung perhubungan. Saya terima kembali dia kerana saya masih cintakan dia. Perhubungan kami kembali seperti dulu malah lebih erat lagi. Namun begitu, result master saya sedikit merundum dan pointer agak ke bawah berbandng rakan-rakan yang lain. Saya terima result saya kerana saya sedar ia adalah hasil daripada kesilapan saya sendiri. 

Oleh sebab itu, saya tidak mahu perkara yang berlaku semasa pengajian master berulang kembali sekiranya saya melanjutkan pelajaran ke phd. Saya sedar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi memerlukan persediaan mental dan fizikal yang cukup dan bukan hanya keinginan semata-mata. Selain itu, untuk berjaya juga saya perlu mengubah sikap saya yang negatif supaya ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan dan bukan hanya tertulis di kertas sahaja. Pada masa ini, saya mengambil masa yang agak panjang untuk memikirkan apa yang perlu saya lakukan untuk persediaan phd. 

Namun sekali lagi saya diuji apabila banjir besar melanda kampung saya dan menyebabkan semua buku yang boleh digunakan untuk phd terpaksa dibuang. Hal ini memang meruntun jiwa saya kerana hasil usaha mengumpulkan buku hilang begitu sahaja. Tetapi saya sedar satu perkara daripada kejadian ini iaitu buku hanyalah sekadar buku dan mempunyai koleksi buku yang banyak tidak menjamin tingginya ilmu seseorang. Saya sedar selama ini saya banyak bergantung kepada buku semata-mata tetapi saya tidak pernah memanfaatkan buku-buku tersebut menjadi sesuatu yang berguna untuk semua orang. Hal ini merupakan kesalahan yang paling besar bagi seseorang yang mempunyai kelulusan yang tinggi seperti saya. 

Sekarang saya masih lagi tidak tahu arah tuju. Saya masih berusaha untuk mencari pekerjaan. Saya berdoa kepada Allah supaya dapat memberi petunjuk untuk menghadapi kehidupan ini. Saya sedar diri ini banyak kelemahan tetapi saya tidak mahu kegagalan saya ini berulang dan berdoa semoga ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Oleh sebab itu, saya akan menanam kembali minat penulisan dan berusaha untuk mengembangkan ilmu yang ada supaya dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Semoga peristiwa yang berlaku ke atas saya dapat memberi ikhtibar kepada orang lain. Wassalam.

Sabtu, 15 Januari 2011

Kadang2..

kadang2..
apa yang dikejar tak dapat..
apa yang dikendong berciciran..

kadang2..
apa yang diharap tidak menjadi..
apa yang tidak diduga menjadi pula..

kadang2..
apa yang salah tidak semestinya salah..
apa yang betul tidak semestinya betul..

kadang2 itu kadang ini..
nasib manusia boleh berubah sekelip mata
tanpa diduga kerana adanya kadang2..
manusia hanya mampu merancang..
tuhan yang menentukan semuanya..

Jumaat, 30 April 2010

Dinamika Manusia

Assalamualaikum..
seminggu sudah peperiksaan akhir saya berlalu.. namun saya tidak pulang ke kampung secepatnya kerana ada perkara yang perlu saya bereskan di sini.. hari ini saya tidak mahu mengulas soalan peperiksaan.. tapi saya sekadar mahu menulis apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran ini.. namun begitu, saya bukanlah seorang penulis yang handal dan bijak bermain ayat, saya hanyalah seseorang yang menulis untuk kepuasan diri sendiri.. kadang-kadang saya menulis tanpa mengetahui apakah tujuan saya untuk menulis.. adakah untuk keseronokan? meluahkan perasaan? menyampaikan ilmu atau mengkritik seseorang? menulis hadir tanpa dipaksa dan idea lahir dalam apa jua bentuk dan di mana jua penulis itu berada.. namun saya lebih bersetuju kiranya idea yang terbaik adalah menulis ketika kita beremosi tidak kiralah sedih atau gembira..

MANUSIA ANEH

kau ketawa, kau menangis,
tp kau tidak mengerti suka dan duka,

kau marah, kau gembira,
tp kau tidak merasai perit dan puas,

kau bangga, kau kecewa,
tp kau tidak memahami syukur dan redha,

apa ertinya pengertian, perasaan dan pemahaman?
adakah pengertian itu bisa dilihat?
adakah perasaan itu bisa disentuh?
adakah pemahaman itu bisa didengar?

sesungguhnya manusia ini makhluk yang aneh,
ada kebolehan tapi tak memanfaatkan,
ada kelemahan tapi tak membaiki..
itulah manusia yang penuh dengan kesombongan dan kebodohan..

hahaha, saya merasa agak keterlaluan puisi ini. Mungkin karangan puisi ini tidak berharga dan hanyalah picisan semata-mata. Ia terpulang kepada individu itu untuk menilainya. Saya hanya mengarang secara sepintas lalu dan kadang-kadang agak terburu-buru.. Biasalah manusia, setiap orang mempunyai sikap dan perasaan yang tersendiri.. Sikap seseorang tidak semestinya menggambarkan perasaan sebenar.. Tapi sikap melambangkan identiti seseorang, perasaan pula lebih bersifat misteri.. jd boleh dikatakan perasaan melahirkan sikap seseorang.. Memang padanlah kalu sedang bercinta senyumnya memanjang.. kalu sedang bersedih pula monolognya panjang kadang-kadang berjam2.. hebat sungguh manusia.. itulah kuasa tuhan yang memberi kelebihan dari segi akal dan kalbu..

Tuhan mengurniakan akal kepada manusia untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk.. Manakala hati untuk merasai keseronokan dan penderitaan.. Fikirlah baik2, di dunia ada banyak pilihan dan jangan sempitkan diri dengan mengatakan tiada pilihan untuk menjalani hidup ke arah yang lebih baik..

Khamis, 8 April 2010

peristiwa seminggu

7 hari yang lepas..
ujian lisan untuk teori dan penyelesaian konflik..
bley la jwb.. tapi ada satu teori yang x ingat..
huhuhuhu..

6 hari yang lepas..
bengkel resume dan grooming session..
anjuran pusat pengajian saya..
untuk bakal graduan macam saya ni..
huhu.. dah nak grade dah..

5 hari yang lepas..
bengkel resume dan grooming session jugak..
tapi ni anjuran BHEP..
disampaikan oleh Puan Yasmin..
best.. ada makan percuma..

4 hari yang lepas
pagi tu sakit perut sangat..
kebanyakan kwn yang pergi bengkel semalam
diserang sakit perut..2 3 kali pegi toilet.. isk3x
malam tu, syikin datang blek bagi buku baru..
"Alexander adalah Zulqarnain" karya Muhammad Alexander..
Sebelum tu, saya sudah selesai membaca buku
"Yakjuj Makjuj" yang ditulis oleh penulis yang sama
..

3 hari yang lepas..
kelas ada pagi sahaja..
petang tu lepak di makmal komputer..

2 hari lepas..
telefon bimbit yang ku sayangi jatuh..
dalam perpustakaan..
skrin rosak..
tak dapat nak call dan mesej cik abang..
mlm tu kesunyian dan kebosanan melanda..

semalam..
pagi tu, tiba2 bley call..
tapi skrin masih rosak lagi..
nadiah bagi pinjam satu handset dia..
sebab dia ade 4 handset.. whoa..
mlm tu, saya, syikin, Na, Siti, Kemal dan Shada..
menonton teater "Uda dan Dara"
yang dianjurkan oleh pelajar tahun akhir budak seni lakonan..
best.. tapi pemegang watak Uda tu macam gatal je..

hari ini..
menaip peristiwa ini
untuk dimuatkan dalam blog saya yang sepi ini..
sedang memikirkan final exam pada 20,21,22,23 hb ini..
belajar.. belajar.. belajar..
rancangan untuk esok..
jalan2 cari buku dengan Syikin dan Nadiah..
Buat cik abangku..
semoga berjaya dalam perlawanan rugby..

Sabtu, 28 November 2009

salam..
waktu cuti sekolah (termasuk u) sudah pun tiba..
banyak yang rancang ke mana2 shaja untuk cuti kali ni..
ada yang habiskan masa dengan bershopping, melancong..
dan ada juga yang duduk kat rumah saje tengok tv.. (macam saya)

sebelum itu, saya mengucapkan selamat hari raya aidiladha..
kepada peminat blog dan rakan2 yang mengenali saya..
hari raya ni family saya masak bakso dan bakar sate.. (sedap sangat)
tapi tak buat kuih la.. tak sempat.. ala kadar sahaja..

raya kali ni banyak yang berubah..
tak semua orang merayakan hari raya korban bagai nak rak
macam hari raya aidilfitri..
walaubagaimanapun, saya tetap suka merayakan kedua2 hari besar ini..
kerana ia memberi pengertian yang amat besar kepada saya..

hari raya aidiladha ini adalah hari raya korban yang pertama
saya sambut di rumah.. sepanjang saya mengaji di universiti..
semester depan adalah semester yang terakhir..
sebelum tamatnya mengaji di universiti.. wah cepatnya masa berlalu..

saya masih ingat lagi masa sebelum saya masuk universiti..
masa itu, saya tak berminat untuk meneruskan pengajian di universiti..
masa tu, nak masuk politeknik.. hahaha , kelakar pulak bila teringat balik..
sampai kene marah dengan ayah sebab tak nak masuk u..
tapi sekarang saya bersyukur kerana apa2 pun pilihan yang saya ambil..
mesti ada hikmah disebaliknya..

oh ye.. cerita pasal cuti sekolah.. macam perkara yang berlaku..
kepada budak2 yang menghadapi peperiksaan SPM dan STPM,
semoga dapat menghabiskan exam dengan jayanya..
dan banyakkan berdoa dengan tuhan.. supaya dipermudahkan keputusannya..

kepada mangsa banjir di kelantan dan terengganu, banyak-banyakkan bersabar..
saya pun pernah jadi mangsa banjir juga dulu tapi sekarang tidaklah..
rumah saya terletak di tempat yang tinggi..
tu pun lepas pindah baru majlis perbandaran memperbaik kawasan rumah lama saya..
sekarang tak ada masalah banjir lagi lah..

wah banyak betul perkara yang berlaku semasa cuti sekolah..
walaupun sebulan tetapi padat dengan pelbagai peristiwa..
untungla manusia yang dilahirkan bulan 12 (hehe)
walaupun lewat melihat dunia tapi tetap bergelar adik kan..
tapi yang tak best nyer,, tarikh saya kembali ke u adalah hari birthday saya..
huhuhu...

saya tak pernah sambut birthday kat rumah sepanjang masuk ke universiti..
hmm.. kan betul, bulan 12 ni macam2 peristiwa berlaku..
apa2 pun saya suka bulan ni sebab ia special bagi saya..
hehe.. anda bagaimana? mestilah anda menghargai hari lahir anda kan..


Psst.. bosan sebenarnya waktu cuti ni..

Isnin, 2 November 2009

Ape-ape aje

Assalamualaikum..
Lame x sembang.. saya macam besa la busy mengalahkan CEO..
apepun, saya masih meninjau blog saya ni yang agak ringkas..
dalam sedar tak sedar banyak benda yang telah kita lalui..
mcm saya ni , pejam celik pejam celik dah masuk tahun ketiga..
rasa sekejap je , tak puas pun..

saya baru je abis menghadapi final exam yang pertama..
soalan ok tapi saya tak cukup masa.. terlampau banyak yang ditulis..
tapi tak tau la ikut kehendak soalan ke tak.. redha je la..
benda dah buat.. saya dah usaha sedaya yang mampu..
tuhan sahajalah yang menentukannya..

hari ini saya keseorangan, masing2 sibuk dengan hal2 masing2..
termasuklah teman saya ni.. biasala kakak dia yang keenam kahwin..
jadi tak ada masa nak layan saya.. rumate saya pun tak balik lagi,
dah lebih seminggu saya tidur tanpa rumate.. arghh.. tension plak..
asyik tido buka lampu je.. (psst: saya ni penakut kalu tido sorang)

tapi kali ini saya nak cerita pasal 1st date.. hehehe
rasa-rasanye semua orang penah rasa 1st dating kan..
yela kalu tak de yang pertama takkan ada yang kedua kan..
mana nak mula ye.. hmm.. ok, saya mula dari 1st perkenalan kami..
kami berkenalan melalui handphone je masa tu hari 2nd birthday saya..

saya sebenarnya memang tak suka layan orang yang tak kenal..
tapi dia ni pandai ambil peluang, dia wish birthday pada saya..
so apalagi penasaran la dibuatnya, sape la mamat ni.. dah la tak kenal..
tapi tau plak no private anset saya ni.. tak puas hati betul..
diringkaskan cerita, dia dpt no sy dari rakannya.. OOOHHHH

mula2 memang tak berapa nak layan sangat mamat ni..
tp lame-lame jadi suka plak.. hah!! camne tu..
sebab biasala lelaki ada-ada aje taktik nak pikat perempuan..
ehem2.. tapi jangan sangka saya ni mudah terima lelaki..
susah juga.. macam2 cara saya buat untuk uji si dia ni..
apa majalah kata jangan buat, saya buat..
(jgn salah phm bukan maksiat ye)

tapi dia ni sabar je.. yang tu agaknye yang buat saya terima dia..
kami pernah berpisah tapi tak lame seminggu je sian plak kat dia..
huhuhu.. yang ironiknya kami tak pernah bertemu sehinggalah...
dia tiba-tiba decide nak datang umah saya pada raya ketiga OHH NO

mula2 saya ingatkan dia nak main2 je.. saya bagi alamat cikai je la..
bagi nama kampung je.. hehehe.. sian dia sampai sesat dibuat..
SORRYYY.. kami mula2 jumpe kat depan sekolah adik..
apela.. tak de kelas langsung jumpe kat depan sekolah plak..
itupun sebab family saya paksa saya cari dia AYOYO..

hubungan kami famili dah tau, yela kan ape gunenya bercouple..
kalu tak de restu mak ayah.. ms tu dia naik kereta satria NEO..
mula2 jumpe tu, saya tengok la muka dia, ada perbezaan sket..
masa dalam gambar macam biasa je budak ni.. tapi bila bersemuka..
hmm.. bole tahan.. mata dia je la.. lentik, jeles dibuatnya..

saya ajak dia makan kat umah.. saya tau dia suka makan seafood..
so saya ngan mama plan makan lauk udang masak lemak,
sotong masak merah dan ayam goreng.. MMM SEDAP..
lepas tu dia pun jamah makanan tu bersama2 ayah dan saya..
saya tak sedap makan sebenarnya so saya ambil nasi sedikit sajala..
(malu, perempuan kene control sket.. pdhal saya ni kuat makan tau)

ayah saya izinkan saya untuk keluar ngan dia sekejap..
so saya pilihla pantai.. masa dalam kereta saya tak bercakap pun..
masa dah sampai pantai.. MasyaAllah.. ramai betul orang..
sy ni phobia tempat ramai orang.. pening kepala dibuatnya..
kami bersembang macam biasala tapi tak mesra sangat..
maklumlah pergaulan kene jaga belum sah lagi..

bley la tahan, dia pun respect saya..
habis bersembang kami pun berjalan2 di tepi pantai..
siap tangkap gambar lagi tapi tak dekat sangat..
masa ni saya uji dia lagi.. hehehe.. masa tu saya nak makan KFC
tapi bila dah sampai depan pintu saya pun kata taknak la makan kat sini..
nak makan KFC kat bandar.. padahal dah jauh berjalan tu..
dia pun OK ajela..

sampai kat bandar, dah masuk pintu KFC dan nak amik order..
tiba2 saya tak jadi pulak amik order sebab nak balik..
hehehe.. sian gak kat dia ikut je tapi dia tak bantah pun..
sekejap saja kami dating, tak keluar makan pun..
rasanya2 nye dating ni berjimat sket, kos pun tak banyak..
sbenarnya bukan ape saya tak nak susahkan dia aje..
tapi macam menyusahkan jugak hehehe..

so kami pun balik rumah saya..
dia bersalaman ngan ayah dan ayah bagi lemang kat dia..
sebagai tanda balasan kek yang dia buat untuk bagi kat saya..
pandai juga dia buat kek, saya tak pandai pun.. hehehe
HMMM.. bila fikir balik, macam pelik juga cara saya dating ni..
tak seronok pun tapi banyak hikmahnya..

contohnya dari segi masa, saya memang hadkan masa..
saya pantang balik lewat malam.. sebab buat saya jadi lapar..
dan lagi satu tak elok anak dara balik lewat malam sangat..
kedua, saya dapat tengok karakter dia ni, betul2 bersabar ataupun tidak..
ketiga, saya memang kalu jalan tak ingat makan..
sebab saya prefer makan kat rumah sahaja..

so, inilah pengalaman saya.. walaupun biasa sahaja tapi seronok juga..
kadang-kadang kita tak boleh menduga apa yang bakal berlaku..
sebenarnya saya ada suprise special untuk dia tapi hancur..
sebab dia sesat lame sangat masa cari rumah saya.. huhuhu..

apepun.. Thanks to him..
semoga hubungan kita berkekalan.. love u so much..










Rabu, 29 Julai 2009

Lama tak dengar cerita..

Cuti yang panjang membataskan saya untuk memperbaharui blog saya..
banyak cerita yang saya ingin olah tetapi kesuntukan masa dan kekangan kemudahan internet..
saya dapat idea untuk mengetengahkan sedikit politik dalam blog kali ini..
saya terpanggil untuk menulis tentang hal ini apabila terbaca berita hari ini yang memaparkan tentang perhimpunan pemansuhan ISA. Isa memang menjadi perdebatan hangat di Malaysia kerana ramai rakyat Malaysia tertangkap kerana ISA..

Saya tidak memihak kepada siapa-siapa namun bila ia membabitkan isu negara, saya rasa sebagai anak Malaysia saya perlu mengetahui keadaan negara Malaysia. Saya menyokong ISA perlu dimansuhkan tetapi saya kurang bersetuju dengan perhimpunan yang akan diadakan itu.. kalau kita lihat sejarah perhimpunan yang dijalankan , memang tak pernah aman pun.. malah lebih teruk rasanya..

Memang tidak dinafikan bahawa dengan perhimpunan sahaja yang boleh menggesa kerajaan untuk bertindak lebih cepat.. seperti mana yang berlaku di Filipina dan Indonesia.. Kadang-kadang saya fikir melalui perhimpunan inilah yang banyak bagi kejayaan (kebiasaannya)..
misalnya, isu PPSMI yang kononnya berjaya diselesaikan dengan meletakkan semula bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam subjek sains dan matematik.. (kesian bdak2 tu, asyik jadi bahan eksperimen sahaja).. isu itu juga berjaya membuka mata pemimpin melalui perhimpunan..

kali ini, isu pemansuhan ISA turut mengikuti jejak langkah yang sama.. dalam hal ini, kita dapat lihat bahawa hanya melalui "people power" atau kuasa rakyat sahaja yang boleh membuka mata pemimpin untuk lebih prihatin dengan tuntutan rakyat.. kenapa harus jadi begini?? di mana fungsinya wakil rakyat?? saya sukakan keamanan dan saya benci dengan pergaduhan. Ramai pihak yang menuding-nuding jari untuk membebaskan diri daripada di tuduh (No respect for people who are guilty but dare to point someone else)..

setiap tindakan yang kita buat memang perlu pengorbanan.. saya bimbang dengan peristiwa yang akan berlaku nanti.. harap perhimpunan ini tidak menumpahkan setitik darah.. segala apa yang berlaku kita boleh meneka tapi kita tidak dapat menduga apa yang bakal terjadi.. H1N1 antara isu yang belum lagi reda di Malaysia.. isu ini kita tidak dapat duga langsung tetapi ia datang dengan tiba-tiba.. teringat pula kepada peristiwa tsunami yang banyak meragut nyawa manusia..

Kesimpulannya.. kita hanya merancang, hanya tuhan yang menentukan..