Jumaat, 30 April 2010

Dinamika Manusia

Assalamualaikum..
seminggu sudah peperiksaan akhir saya berlalu.. namun saya tidak pulang ke kampung secepatnya kerana ada perkara yang perlu saya bereskan di sini.. hari ini saya tidak mahu mengulas soalan peperiksaan.. tapi saya sekadar mahu menulis apa-apa sahaja yang terlintas di fikiran ini.. namun begitu, saya bukanlah seorang penulis yang handal dan bijak bermain ayat, saya hanyalah seseorang yang menulis untuk kepuasan diri sendiri.. kadang-kadang saya menulis tanpa mengetahui apakah tujuan saya untuk menulis.. adakah untuk keseronokan? meluahkan perasaan? menyampaikan ilmu atau mengkritik seseorang? menulis hadir tanpa dipaksa dan idea lahir dalam apa jua bentuk dan di mana jua penulis itu berada.. namun saya lebih bersetuju kiranya idea yang terbaik adalah menulis ketika kita beremosi tidak kiralah sedih atau gembira..

MANUSIA ANEH

kau ketawa, kau menangis,
tp kau tidak mengerti suka dan duka,

kau marah, kau gembira,
tp kau tidak merasai perit dan puas,

kau bangga, kau kecewa,
tp kau tidak memahami syukur dan redha,

apa ertinya pengertian, perasaan dan pemahaman?
adakah pengertian itu bisa dilihat?
adakah perasaan itu bisa disentuh?
adakah pemahaman itu bisa didengar?

sesungguhnya manusia ini makhluk yang aneh,
ada kebolehan tapi tak memanfaatkan,
ada kelemahan tapi tak membaiki..
itulah manusia yang penuh dengan kesombongan dan kebodohan..

hahaha, saya merasa agak keterlaluan puisi ini. Mungkin karangan puisi ini tidak berharga dan hanyalah picisan semata-mata. Ia terpulang kepada individu itu untuk menilainya. Saya hanya mengarang secara sepintas lalu dan kadang-kadang agak terburu-buru.. Biasalah manusia, setiap orang mempunyai sikap dan perasaan yang tersendiri.. Sikap seseorang tidak semestinya menggambarkan perasaan sebenar.. Tapi sikap melambangkan identiti seseorang, perasaan pula lebih bersifat misteri.. jd boleh dikatakan perasaan melahirkan sikap seseorang.. Memang padanlah kalu sedang bercinta senyumnya memanjang.. kalu sedang bersedih pula monolognya panjang kadang-kadang berjam2.. hebat sungguh manusia.. itulah kuasa tuhan yang memberi kelebihan dari segi akal dan kalbu..

Tuhan mengurniakan akal kepada manusia untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk.. Manakala hati untuk merasai keseronokan dan penderitaan.. Fikirlah baik2, di dunia ada banyak pilihan dan jangan sempitkan diri dengan mengatakan tiada pilihan untuk menjalani hidup ke arah yang lebih baik..

Tiada ulasan: