Rabu, 29 Julai 2009

Lama tak dengar cerita..

Cuti yang panjang membataskan saya untuk memperbaharui blog saya..
banyak cerita yang saya ingin olah tetapi kesuntukan masa dan kekangan kemudahan internet..
saya dapat idea untuk mengetengahkan sedikit politik dalam blog kali ini..
saya terpanggil untuk menulis tentang hal ini apabila terbaca berita hari ini yang memaparkan tentang perhimpunan pemansuhan ISA. Isa memang menjadi perdebatan hangat di Malaysia kerana ramai rakyat Malaysia tertangkap kerana ISA..

Saya tidak memihak kepada siapa-siapa namun bila ia membabitkan isu negara, saya rasa sebagai anak Malaysia saya perlu mengetahui keadaan negara Malaysia. Saya menyokong ISA perlu dimansuhkan tetapi saya kurang bersetuju dengan perhimpunan yang akan diadakan itu.. kalau kita lihat sejarah perhimpunan yang dijalankan , memang tak pernah aman pun.. malah lebih teruk rasanya..

Memang tidak dinafikan bahawa dengan perhimpunan sahaja yang boleh menggesa kerajaan untuk bertindak lebih cepat.. seperti mana yang berlaku di Filipina dan Indonesia.. Kadang-kadang saya fikir melalui perhimpunan inilah yang banyak bagi kejayaan (kebiasaannya)..
misalnya, isu PPSMI yang kononnya berjaya diselesaikan dengan meletakkan semula bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam subjek sains dan matematik.. (kesian bdak2 tu, asyik jadi bahan eksperimen sahaja).. isu itu juga berjaya membuka mata pemimpin melalui perhimpunan..

kali ini, isu pemansuhan ISA turut mengikuti jejak langkah yang sama.. dalam hal ini, kita dapat lihat bahawa hanya melalui "people power" atau kuasa rakyat sahaja yang boleh membuka mata pemimpin untuk lebih prihatin dengan tuntutan rakyat.. kenapa harus jadi begini?? di mana fungsinya wakil rakyat?? saya sukakan keamanan dan saya benci dengan pergaduhan. Ramai pihak yang menuding-nuding jari untuk membebaskan diri daripada di tuduh (No respect for people who are guilty but dare to point someone else)..

setiap tindakan yang kita buat memang perlu pengorbanan.. saya bimbang dengan peristiwa yang akan berlaku nanti.. harap perhimpunan ini tidak menumpahkan setitik darah.. segala apa yang berlaku kita boleh meneka tapi kita tidak dapat menduga apa yang bakal terjadi.. H1N1 antara isu yang belum lagi reda di Malaysia.. isu ini kita tidak dapat duga langsung tetapi ia datang dengan tiba-tiba.. teringat pula kepada peristiwa tsunami yang banyak meragut nyawa manusia..

Kesimpulannya.. kita hanya merancang, hanya tuhan yang menentukan..

1 ulasan:

Pei Pan berkata...

Malaysia ada People's Power ke? Perhimpunan aman tak akan bertukar jadi kacau bilau jika pihak-pihak berkuasa tidak menganggu. Biarlah mereka menyuarakan apa yang mahu mereka sampaikan.

Betul, suara-suara jalanan ini kita tidak mahu tapi kalau dah tak ada cara lain, apa lagi boleh buat. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku.

*** Welcome back mate!